Cuti-cuti gombak

/
0 Comments
Harini 'seronok' sangat buat kerja :) sampai rasa nak tutup laptop dan berjimba ke tepi pantai. 'Gembira' punya pasal. dalam 'bergembira' tu teringat pula dekat blog... mari la kita update blog bagi menambah kegembiraan.

sabtu lepas
Hari sabtu macam biasa, mesti mau jalan-jalan dan beraktiviti, detach dari kerja. Baru minda segar dan bersemangat. hehe. So, pagi-pagi lagi aku dah bersemangat nak main tangkap ikan. biasa la... tak reti pancing, kita saup je.


Baru pukul 8 pagi tapi dah macam pukul 10 pagi. Matahari dah naik tinggi.


Ini teknik menyaup. Biasanya dapat ikan kecik sahaja. huhu. kenapa tah orang lain dapat ikan besar-besar siap boleh panggang... kita?

Ini teknik cangkulan. Bak kata pepatah, mencangkul ubi kayu, cangkul patah, ubi kayu tak dapat.


lagong


Setelah puas menyaup ikan, dapat la dua ekor. haha. ikan semua lari! Aku ke kiri, dia ke kanan.. dah nak balik kita lepaskan la. Kalau besar tu boleh la panggang :)

Ingat nak mandi-mandi dulu sebelum balik tapi tengok keadaan air macam keruh je (tak hujan, air bertakung), hilang selera nak mandi. Terus pergi Ulu yam.... wehuuu..

 Air dekat ulu yam sangat jernih!

 Time ni ramai dah orang, semua port ada orang. akhirnya jumpa lah satu tempat.

Ulu yam sejuk sikit airnya sebab kawasan redup dan tertutup.

Ahad petang
Ahad petang riadah taman kepong atau lebih tepat minum petang di taman kepong. Huhu. bukan datang nak jogging pun. datang nak lepak-lepak minum petang je. Hari sabtu ahad memang penuh dekat sini orang berniaga makanan. Kalau dulu sikit je, sekarang sampai ke pintu pagar pun ada gerai lagi.


Dalam air ada 8 air pancut, siap kira lagi. Dah lama tak datang. Macam-macam ada. Kereta sewa, basikal sewa, Basikal letrik sewa. Eh.. banyak la ada.

Pakai kasut je....

angin bagai di pantai...


yang ini sejak bila ada pun tak tahu la.. siap ada yang menjual makanan ikan lagi. Banyak sangat. Semua tempat dia berkumpul. tunggu orang kasi makanan. Apa dalam tasik ni tiada makanan ke macam mana?

tapi dilarang pancing ya

Tengok budak-budak menari. crowded pulak taman ni hari minggu. Nasib kereta tak kena block. Agaknya lepas ni ada pulak tempat parking berbayar. 

ok bai


No comments:

Powered by Blogger.