Ya, dah berapa kali aku pergi Cameron tapi cameron ada banyak sangat tempat untuk dituju jadi memang tak bosan setiap kali ke sini. Waktu kecil ayah pius selalu je bawa pergi cameron tapi melawat kawasan ladang sayur. Melawat kawan. Jadi selalu masuk ladang sayur je la time tu.

Bila dah besar ni, jalan sendiri la. kan...

Sebenarnya tak rancang pun nak pergi cameron, kebetulan dak awa pergi dengan keluarga mertua. Dia ajak la sekali. Okay jugaklah, boleh bawa mak jalan-jalan. Dak awe dari ampang lalu simpang pulai. aku dari gombak lalu raub je. Dah biasa ulang alik pahang.

Berhenti tepi jalan semata-mata nak bergambar dengan pembinaan di belakang. Nengok rupanya macam empangan. Ni lagi beberapa kilometer nak sampai ringlet. rasanya la.

Aku update sikit je sebab malas nak menulis. Ni pun dah berapa kali masuk draft. Continue sikit sikit bila ada masa.

macam biasa ler..

hehe.

Lavender Cameron

pasar pagi

Teh Boh Sungai Palas

mossy forest

mossy forest

turun dari mossy forest
Last day pergi Mossy Forest, tempat yang aku teringin nak pergi sebelum ni. Okay, naik viva sampai ke puncak. Hebat jugak la ya. Next time kalau ada rezeki nak pergi lagi, aku nak hiking sampai puncak betul-betul. atas sana lebih cantik mossy forestnya. Nak sewa kereta jep untuk pelancong. Tak muh dah naik kereta sendiri sampai ke puncak. Jalan betul-betul mencabar. Jalan kecil muat satu kereta ja. Kalau bertembung kereta kena undur turun bukit. bahaya hoii. Berasap tayar.

Next time. hiking. pakaian sukan. okay.

Korang tau tak aku berangan apa
tadi dalam bilik air?
Orang kata kalau nak berangan
elok kat tempat sejuk/tempat ada air,
antaranya masa tengah mandi.
Haha.. Orang katalah.

Korang carilah sebab saintifiknya.
Hikss

Hari ni aku happy, mandi pun berejam.
Tambah dok berangan lagi.

Beberapa jam selepas tu, aku terima
panggilan.

Tau apa? Benda aku dok berangan
time mandi. Huuuuu.

Gembira ya.. Terkejut pun ya..

Terkejut sebab diberi kepercayaan
besar walaupun berniaga secara
atas talian sahaja.

Tamat dah cerita descendants of
the sun. Tengok internet laju sikit
Tak sabau nak tahu ending.

Dah habis cerita. Takdok dah la
Cerita peberet. Runningman jela ado

Mak cakap aku hantu korea.
Aku pun tak paham.

Patut ke aku gelar mak hantu
Maharajalawak?

Padahal banyak lagi cerita dari
Negara lain yang aku suka.
Hindustan, thailand, jepun, omputih.
Asalkan jalan ceritanya best.

"Tak habis-habis korea"

Apo masalah... korea pun manusia.
Apo masalahnyooo. Adohaiinya pon.

Lain la aku tengok cerita semut ke.
Tiap hari tengok semut berjalan.
Baru la kena...

"Tak habis habis semut"

Barulah kena kan.. Sebab tengok
benda sama setiap hari. Sampai
Orang pun tak paham. Barulah
Logik dipandangan aku. Huhhu.

Tapi aku memang suka tengok
Ulang kali. Cerita best.

Haritu ada cerita mary kom.
Berapa kali aku ulang tengok.
Hindustan pun best best jalan cerita
Teacher diary. Secret life of Walter
milty.

Ala aku bosan sebenarnya. Hahaha
Jadi aku merepek tak hape hape.
Nak tengok cerita korea tak dapat
Tengok maharajalawak.

Budak budak ada kat rumah, layan
la nak main sorok sorok. Nak melukis. Main game bergaduh.
Apa aje yang tak bergaduh.

Minggu ni tak berjalan la.
Minggu lepas dah berjalan ke
Cameron.
Update je malas.

Hurm.. kecoh bunyinya di stadium..
bergaduh barangkali...
Bunyi siren polis dan ambulan,
Boleh jadi siren bomba juga.

Pius pernah sekali tengok bola
di stadium. Itulah pertama kali.
Dan boleh jadi yang terakhir.
Malaysia lawan indonesia.
Memang excited semuanya live.

Tapi bila dipikirkan balik. Takut
nak pergi lagi. Harap orang yang
terkena mercun tak buta matanya.

Adakah tengok bola di stadium
selalu menakutkan?

Saja... sebab stadium tepi rumah.
Saja... sebab tiada siaran menarik
Di tv.

Sekian. Melaporkan. Edisi kebosanan.

Powered by Blogger.