Cameron highlands lah.

/
1 Comments
Ya, dah berapa kali aku pergi Cameron tapi cameron ada banyak sangat tempat untuk dituju jadi memang tak bosan setiap kali ke sini. Waktu kecil ayah pius selalu je bawa pergi cameron tapi melawat kawasan ladang sayur. Melawat kawan. Jadi selalu masuk ladang sayur je la time tu.

Bila dah besar ni, jalan sendiri la. kan...

Sebenarnya tak rancang pun nak pergi cameron, kebetulan dak awa pergi dengan keluarga mertua. Dia ajak la sekali. Okay jugaklah, boleh bawa mak jalan-jalan. Dak awe dari ampang lalu simpang pulai. aku dari gombak lalu raub je. Dah biasa ulang alik pahang.

Berhenti tepi jalan semata-mata nak bergambar dengan pembinaan di belakang. Nengok rupanya macam empangan. Ni lagi beberapa kilometer nak sampai ringlet. rasanya la.

Aku update sikit je sebab malas nak menulis. Ni pun dah berapa kali masuk draft. Continue sikit sikit bila ada masa.

macam biasa ler..

hehe.

Lavender Cameron

pasar pagi

Teh Boh Sungai Palas

mossy forest

mossy forest

turun dari mossy forest
Last day pergi Mossy Forest, tempat yang aku teringin nak pergi sebelum ni. Okay, naik viva sampai ke puncak. Hebat jugak la ya. Next time kalau ada rezeki nak pergi lagi, aku nak hiking sampai puncak betul-betul. atas sana lebih cantik mossy forestnya. Nak sewa kereta jep untuk pelancong. Tak muh dah naik kereta sendiri sampai ke puncak. Jalan betul-betul mencabar. Jalan kecil muat satu kereta ja. Kalau bertembung kereta kena undur turun bukit. bahaya hoii. Berasap tayar.

Next time. hiking. pakaian sukan. okay.



1 comment:

teratai said...

Salam. Bestnya. Tak pernah sampai lagi wp dah pernah gi oversea!

Powered by Blogger.