Maaf kerana...

/
0 Comments
....... membiarkan mesej anda berlalu pergi tanpa membalasnya.

Bulan Mei ni genap umur pius 28 tahun, jadi 2 minggu awal bulan Mei pius decide nak berehat.... berehat... saja. Rasa nak berehat lamaa... Hurmmm, memang aku berehat. Tengok tv, makan, baca buku (habis dah!), pergi shopping, konon nak pergi paragliding tapi tak pergi pergi, Marathon drama korea. YA! ini yang membuatkan pius tidak membalas mesej kalian di awal bulan mei. Maafkan hamba.... sambutan 28 tahun perlu lebih lama.

"Wehh... tahun ni kita 28 tahun!!!"

Dah kenapa kau kiah, apa masalahnya 28 tahun?? Tiada yang pelik dengan angka 28. Aku rasa umur aku baru 21.....

krik krik krik

walaupun begitu, bermula bulan April - Mei , tempahan sampul telah diterima. Maka walaupun sedang bercuti cutian, kerja mendesign masih di jalankan secara santai. Minggu ketiga mei baru ambil semula tempahan label. Alhamdulillah, Tahun ni masih terima tempahan sampul dari warga Singapura.

Sempat juga pergi Exhibiton dengan cik kiah di KL tempoh hari. Melepak dan berbincang perkara-perkara yang perlu di upgrade. Terutamanya bahagian admin, memang aku tak berapa nak faham sangat document document bagai. Bahagian Teknikal printing boleh serah pada hamba tapi bukan kerja kerja admin.

Selalu kiah je tanya pasal teknikal printing. lama-lama bosan juga aku. Suruh dia cari solution sendiri. Jahat tak. huhuuu. Tak jumpa sangat solution, baru tanya. Bila bab bab admin, aku pulak yang menanya. Dua tiga kali juga la dia nak menerang kasi faham. Nasib dia tak kata "hang pikir sendiri" . haha.

Sikit-sikit aku belajar la. Sekadar ambil tahu. Esok lusa serah terus semua kat dia. Esok lusa, hang buat bahagian hang, aku buat bahagian aku. Jangan persoalkan kenapa borang tempahan kena ada 5 copy bagai. huhuu.. pastu jangan tanya aku kenapa CMYK white takde. Nanti aku cari printer CMYW ok.

Bulan Mac haritu, aku dapat kedai Majlis tapi bukan kedai yang aku minta. Dan kedainya aku rasa sangat tidak bersesuaian dengan bisnes yang aku jalankan. Lokasi juga entah kemana hala tuju. Jadi aku buat keputusan untuk tolak sahaja. Kiah kata dia nak juga buka kedai, dia perlu buka kedai, harus buka kedai.. sebab utama, kawasan rumah dia tiada line internet. Susah untuk bekerja secara online. Okay la, hang buka la dulu di Pahang. Tengok sambutannya macam mana. Kedai kecil dulu pun takpe.

Nexti time kita bergabung semula ya. Berusaha!

Oh ya. saya sudah aktiv semula. Boleh whatsapp secara berjemaah :)



No comments:

Powered by Blogger.