Cerita tentang kucing

/
0 Comments
Kadang suka sangat pada perubahan last minit. Yaaa, Happy! Saya yang paling gembira di waktu ini. Pada pukul 1:04 pagi. Patutkah saya minum kopi?

Huhuhu...

Adoi.. rasa nak menari kejap. Gatal dah belakang badan ni. Nak main dengan lola la. dok menyondol grill pintu depan. Suruh orang buka pintu... Lola ni la satu-satunya kucing setakat ini yang aku berani nak belai-belai. usik perut dan tonyoh sesuka hati.. huhu. Aku tak benci kucing.. cuma aku takut kucing gigit.

aku suka kucing kecik je sebelum ni, sebab tak mengigit. Sampai bawa sorok-sorok tidur sekali. Time sekolah menengah dulu ler.... time tu sibuk la mak marah sebab bawa kucing masuk bilik. Time aku dah tidur, diangkutnya kucing letak balik luar rumah. Rumah aku memang ada kucing sebelum ni tapi baem dan awa yang bela. Sampai beranak pinak. Selalu aku tengok dorang peluk2 ngomol2 kucing tu. Erk.. tak berani aku. Sekadar turun bawah kasi makan dan belai-belai sikit boleh la. Sat gi buatnya kucing tu dok target kaki aku, memang mencicit la lari.

Tapi semenjak pindah rumah, dak awa bawa balik Lola. Ambil dari pejabat dia. Mula-mula memang aku tak usik sangat Lola ni. Sebab dia memilih orang juga. Kalau tak kenal dia buat bodoh je / lari. Bila dah lama-lama baru la aku okay. Tapi.... dia la satu-satunya kucing yang tak peduli kalau aku acah acah guna lidi. Kalau kucing lain... mula dah.. main tangkap tangkap. Yang dia buat bodoh je.... pon bagus jugak.. takde la kerja nak target kaki orang je. huhu


tak reti duduk diam. nak berselfie pun susah.


video



video


entah kenapa manja terlebih pulak Lola ni dengan aku. Mungkin dah tiada orang nak layan dia. huahaha. Baru lepas kena marah haritu, berak dekat kebun sayur mak. hahaha. merajuk dia, buat tak peduli dekat mak. Kalau ada budak-budak ni memang dia lari. Tak nampak batang idung. Entah mana dia menyorok.

Tu.. dok menyondol pagar lagi...

Saja menulis. hilangkan bosan. Sebentar lagi nak sambung kerja... huhuhuhuhuhuuu.. mampu gelak je harini. Huahahahahaha hahahahaha hahahahaha.

Memang harini full sangat. Dari pagi, bawa nenek pergi pasar, balik terus buat kerja. Rehat. sambung balik. rehat lagi. sambung lagi. Tunggu feedback... sambung lagi. Ni la satu yang ter-last minit. Harap esok final, boleh terus cetak dan beralih ke order lain. Yang lain Alhamdulillah, dah siap. Tunggu nak cetak.

Nenek cakap.... kalau tak ajak pergi pasar, tak jumpa la muka kau. huhuuuu. Rasa bersalah.

Banyak kerja ke? Harini banyak.
Tadi lepas pergi pasar pun aku tak melepak lama. Letak barang terus balik. Tak duduk la nek..

Nenek pius ni orang Melaka, kadang bunyi macam kasar tapi biasa je. Sori nek.

Aku tengok page Istana budaya. Antara yang menarik....
22 oktober - Adam dan Hawa
5 November - Mak Cun
1 Disember - Kitaro

Macam best tapi lambat lagi. Minggu ni Shrek Musical. hurmmm.... tak berapa minat. Teringin nak pergi Kitaro. Agaknya berapa tiket kitaro eh...



No comments:

Powered by Blogger.