Malam penuh bintang

/
0 Comments
Tersirat seribu makna
Tersimpan satu rahsia
Di bawah jutaan bintang
Dua mata duduk bertentang

Dikala dua berjalan sepi
Langkah jauh mengenal diri
Bertemu kita akhirnya di sini
Dunia kecil ciptaan Ilahi

Saat hati bertemu hati
Kunci diserah tanda dipercayai
Mengharap diri ada yang mengerti
Mengharap diri ada yang memahami

Sesudah hati mula berbicara
Tiada apa dapat diduga
Walau bahasa jauh berbeza
Difahami jua walau tanpa kata-kata

Seperiuk maggie dibahagi dua
Dengan alasan hanya mahu yang halal sahaja
Walau wajah kekal bertutup rahsia
Namun hati tetap kenal siapa dia


Zzzzz tido.


Sent by: Tepon Acik Pius
1:17 AM


No comments:

Powered by Blogger.