Jalan jalan photography

/
0 Comments

Huhuhuuuu... Macam berdebu ajo
blog. Baru aku perasan, gambar rayo pun
takde😊

Krik krik krik.....

Semacam malas nak menaip cerita.
Sekarang aku lebih suka mengadap
laptop buat design dan tengok tv
memanjang. Hek

Kadang sabtu ahad pun aku duduk hadap
laptop dan tv. Tiada langsung plan nak
keluar. Sampai rasa dah tepu kepala ni.

Orang kata detach tu penting supaya
idea idea baru dapat dijana. Lebih fresh.
Kalau tempat kerja dulu, setiap jumaat
mesti bos akan bawa jalan-jalan sambil
makan. Rindu pulak.

Baru ni bos (ex boss) call, minta tolong
Buat logo dan baju untuk reunion group
masa sekolah. Hurmmm, sekali bos
selamanya bos. Hahaha.
Bos aku ni cina tapi fasih bahasa melayu.
Katanya tak pandai cakap cina.

Nasib juga diberinya job logo dan baju,
Kalau job landscape mahunya tak tidur
malam dibuatnya😂
Nak tolak tak sedap pulak kan. Huhu

*Adoi awat rasa krik krik sangat*

Bulan lepas aku jumpa dia dekat desa
park city. Bincang pasal logo. Dapat la
Borak borak pasal bisnes.
Dia cakap 3 tahun pertama dia tak untung
Sangat. Stabil tapi untung tak banyak.
Lepas 7 tahun baru untung nampak.
Sekarang ni pun dah tak fokus landscape
rumah. Dulu selalu juga buat BQ untuk
Tender tender. Tau la nilai nilai nya. Huhu.

Tapi 7 tahun macam lama kan.....

Kalau Encik Basit cuma ambil masa 1
tahun untuk capai 1juta. Kenapa tidak aku. Kiah selalu membebel. Nak buka
kedai. Nak buka kedai. Kalau tak, tak maju
katanya. Aku kata tunggu untung banyak K K. Baru buka.

Panas dia dengar. Hahaha.

Macam macam benda dia nak buat
Pastu suruh aku lead. Dah kenapa hang
Kiah? Hang yang nak buat, aku pulak
kena lead. Baru ni dia hantar gambar
kawan dia jual pin tudung masuk
surat khabar. Hahahaha....

Semua produk pun berpotensi. Fokus la
jangan tukar tukar produk. Buat sampai
Naik.

Eh. Dah sampai Paya indah wetlands.
Nanti sambung... Hiuhiuhiuuuu..



No comments:

Powered by Blogger.