Tempat menarik di Selangor bersama TSDayOut

/
0 Comments
Yeahhhh, akhirnya dapat juga pius update tempat menarik di Selangor . Kalau tengok peta tempat-tempat menarik di selangor, memang banyak tak terkira la. Rasa nak pergi semua! terutamanya tempat-tempat yang menghijau. Nah, harini pius nak taip panjang lebar berkenaan TSDayOut yang dianjurkan oleh Tourism Selangor beberapa minggu yang lalu dimana melibatkan Blogger, artist/public figure dan Media. ada 3 tempat menarik yang pius pergi. update satu satu ya.

Tempat menarik di Selangor : Paya Indah Wetlands

Paya Indah Wetlands
Paya Indah Wetlands merupakan kawasan utama ekopelancongan di Malaysia meliputi kawasan seluas 3100 hektar yang terletak di Daerah Kuala Langat, Selangor berhampiran dengan Dengkil dan lebih kurang 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Paya Indah menawarkan pelbagai tarikan dengan aktiviti lasak untuk semua peringkat umur. Ia juga sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan bagi pelajar sekolah dan biasa digunakan ketika musim cuti sekolah. Di sini kita boleh melihat badak air berendam di dalam kolam berpaya, buaya terbesar dan juga pelbagai jenis burung air. Lebih kurang 213 spesis burung boleh didapati di Paya Indah Wetlands.

Cukup tak info di atas? Sebenarnya pius nak tulis copy paste sampai itu aja tapi bila baca buku pasal Paya Indah Wetlands, terus macam... waaaaaaaaaaaaaa. Kena share ni! Korang baca tau.

Info menarik tentang Paya Indah Wetlands 
Semasa taklimat, kami dimaklumkan bahawa wujudnya Paya Indah Wetlands ini untuk menjaga dan memelihara kawasan tanah lembab. Dahulunya, kawasan di Paya Indah Wetlands ni tercemar akibat aktiviti perlombongan dan penebangan hutan.

kapal korek yang digunakan untuk melombong bijih di Paya Indah Wetlands

kawasan hutan yang telah ditebang bersebelahan lebuh raya ELITE
Kawasan tinggalan lombong
Seperti mana yang kita tahu, Malaysia dulu sangat kaya dengan hasil galian seperti emas, minyak, bijih timah dan sebagainya. Selain emas dan minyak, bijih timah juga merupakan hasil galian yang penting. Di Paya Indah Wetlands, aktiviti perlombongan telah bermula pada tahun 1983, di mana dua buah kapal korek digunakan untuk melombong bijih timah. Selepas 14 tahun iaitu pada 1997, aktiviti perlombongan dihentikan kerana kapal korek mengalami kerosakkan. Hasilnya 14 tasik buatan telah terbentuk dimana tasik-tasik ini telah tercemar akibat bahan kimia yang digunakan ketika melombong. Ketika itu warna tasik sangat keruh dan kandungan bahan kimia seperti merkuri dan logam berat sangat tinggi sehingga menyebabkan kawasan sekitarnya menjadi tandus dan tidak sesuai untuk tanaman.

Keadaan tasik yang keruh
Tanah tandus : Pencemaran bahan kimia menterbalikkan struktur tanah dan meyebabkan lapisan pasir berasa di bahagian  atas tanah.
Disebabkan inilah Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk membaik pulih kawasan Paya Indah Wetlands dengan menjalankan program konversasi dan penyelenggaraan secara terancang dan berterusan untuk mengembalikan kepelbagaian biodiversiti di Paya Indah Wetlands. 


Pembersihan Salvinia
Salvinia sejenis tumbuhan akuatik mendominasi hampir kesemua tasik berbanding tumbuhan akuatik lain. Pertumbuhan Salvinia ni menganggu ekosistem tasik dan perlu dibersihkan.

Proses penanaman semula pokok
Penanaman tumbuhan akuatik
Kepentingan tumbuhan akuatik:
  • Membantu meningkatkan mutu dan kualiti air tasik
  • Bertindak sebagai penapis kotoran dan keladak sebelum air memasuki tasik
  • Berupaya menyerap logam berat yang terkandung dalam tasik
  • Antara tumbuhan akuatik yang ditanam: rumput sendayan, rusiga, resam
Sumber maklumat: Buku Paya Indah wetlands, Jabatan Perhilitan

Menarikkan kisah Paya Indah Wetlands
Kalau tak jejak kaki ke sini, memang tahu la jawabnya sejarah Paya Indah Wetlands. Tq Tourism Selangor.

Photohunt Contest at Paya Indah Wetlands
Amboi ada contest! Serius-ly rasa nak beli dslr. hahaha. Untuk peminat photography, memang korang kena datang sini.





mengejar anak beranak itik

ketakutan.
Hahahaha.. kesian itik itik itu dikejar auntie pius.



Masa photohunt ni, rakan-rakan lain yang ambil gambar. Dah namanya photohunt, kena la gambar cantik kan. Kalau guna handphone canggih ni, apa je yang cantik? huuuuuu .Kita tukang mengikut mencari jawapan photohunt.

Ni antara gambar-gambar dari peserta #TSDayOut. Pius screenshot dari instagram. Waaa... cantiknya dorang ambik gambar.



Secara jujurnya dan sebenar benarnya, pius sangat suka tempat seperti Paya Indah Wetlands ni. Di sebabkan pius ni seorang yang cepat stress jika tidak dikawal (Darah A mempunyai tahap Cartisol (hormon stress) yang tinggi ) , maka tempat-tempat menghijau macam ni memang sangat sesuai dan sentiasa menjadi pilihan. Pemilik darah jenis A kena pergi tempat-tempat mendamaikan ya. hehe. Untuk tangani stress. Takpun buat aktiviti yang dapat melupakan sebentar urusan kerja seperti.... jeng jeng jennngggg!

Menyaksikan perlumbaan kereta yang mengujakan!

Sepang 1000km Endurance Race 2016


Sepang International Circuit sangat mengagumkan! Baru tahu kenapa orang suka tengok F1 di Sepang berbanding di TV. Kalau tunjuk gambar je macam tak feel pula, sebab ada bunyi bunyi kereta kan. huhu. Jadi silalah menonton....


Sepang International Curcuit Tour
kami juga dibawa melihat beberapa area sekitar Sepang International Curcuit (SIC) antaranya:
  • Perdana Suite
  • Grandstand
  • Race Control Room
  • Media Center
  • Cockpit
  • Podium
  • Pit garage
Berhampiran Pit garage
 Menunggu masa untuk masuk ke kawasan litar.

Race bakal bermula....
Bergambar dengan racer

Jelajah litar sebelum perlumbaan bermula


Race Contol room
Media Center

Sila baca signboard.. huhuu

Press conference room

Pit garage
Podium. Sila beratur untuk naik. heeeee...

akhirnya, meraikan kemenangan

Bersambung.....



No comments:

Powered by Blogger.