Yiahhh lama tak berupdate blog super saiya ke-6 ini. Rindu pulak rasa nak menulis. walaupun macam krik-krik je penulisan aku ni ha.. semua dok cari pasal profile hanis kamal bakar je. hahahaha.
.
pius kan... tak tau nak tulis pasal apa... tapi rasa nak menulis. Sebenarnya aku ada kerja-kerja design nak buat, agak urgent jugak... tapi biasa la. ambil mood dulu. hahahaha. shoooriiiiiii. cakap pasal 'pius'... anak buah pius masih lagi panggil auntie piyush.. agak-agak macam tak sesuai pulak dahhh... hahahaha.. anak buah semua semakin membesar. auntie piyush bunyi macam masih baby jerkk... hahahaha.. tak tak.. auntie piyush bukan baby tapi nampak macam muda lagi... sweet 18 kan... kehkehkekekeke..
.
pius kan... kalau borak ngan orang... mesti macam... time bile dia cerita ni?? pernah terjadi ke peristiwa tu?
memang aku susah nak ingat. Tapi kawan sikit punya ingat semua benda. hahaha.. aku ingat sesetengah perkara je...
.
Pernah masa sekolah asrama (N9) dulu, pius ni pengawas perpustakaan hambo kan suka baca buku, hek, jadi setiap kali lepas perhimpunan kena stay sekejap. Selalu lah masuk kelas lambat sikit. Setiap kali lalu depan kelas sebelah, mesti ada orang pandang semacam. Orang yang sama pulak tu. Yela, pius dulu time sekolah... tak berkawan sangat. Kalau dah rapat dengan kawan tu, kawan tu la sampai ke sudah.
.
Aku rasa penghujung tahun nak SPM baru aku tahu kenapa budak tu pandang lain macam. Rupanya dia satu kelas dengan aku time darjah satu dekat selayang. Apakah? kenapa aku tak ingat?? huhuuuu kesian kawan tu. muka aku tak berubah katanya. tu pun kawan sekelas dia yg cerita. Almaklum lah... asrama ada perempuan jo... lelaki stay luar. Aku rasa kalau jumpa dia lagi, memang tak ingat langsung muka. hihihi.
.
Aku tak ingat banyak benda, kejadian zaman u dulu pun aku tak ingat, apatah lagi zaman sekolah rendah dan menengah. Bukan la tak ingat langsung... ada la sikit-sikit ingat.
.
Masa darjah dua, aku ingat farah, leha, afiq (curik pensil aku) sampai sekarang aku ingat. hahaha.
.
Zuraidah, sebab sama tarikh lahir. Surat dia selalu posmen salah hantar pergi rumah aku. dah kenapa? Selayang baru kan berbeza dengan selayang indah... Hafizah, sebab suka kacau aku dan Seorang budak lelaki yg tanya maksud nama aku betul ke batu permata. Aku lupa nama/confius/tak pasti.
.
Cikgu M... lupa nama. yang selalu bagi aku nasi lemak. Cikgu N.. yg selalu panggil aku siti sifir. Ustaz Aziz yg ajar hoki. kawan-kawan hoki.
.
kena rotan cikgu sejarah sebab tak siap homework. sebab pergi perlawanan hoki. So, cikgu cakap unfair kalau tak kena hukum... nangis juga la kena rotan. Dah la duduk depan meja cikgu.. cikgu tu pun serba salah. Tingkatan 2 rasanya time ni. huhuuu.. masa ni masih sekolah biasa.
.
Ketua kelas yang aku minat. hahaha. yang selalu suruh aku on/off kipas dan lampu. (sebab duduk tepi suis). Sampai satu tahap, dia panggil nama je... aku tak jawap 'ya' ke apa dah. bangun onn/off suis pastu terus duduk. Tak pandang dah wehhhh... hihihi. Aku suka nama orang yang bermula huruf S atau F, jadi orang yg nama-nama ni la yg mudah/selalu aku ingat.
.
Masa sekolah asrama...
.
Sambutan besday oleh kawan-kawan sekelas masa waktu prep (asrama/waktu study malam)
Besfren sambut besday buat makan makan time family datang.
.
Menang pertandingan melukis poster
.
Copy cat buku nilam orang lain. Hahahaha... pengawas library kan... Semua buku nilam senior2 lepas ada dlm store. Kita kan rajin membaca.
.
Pergi library waktu malam, tengok CD cerita 'A walk to remember'... hahahaha. Library kan ada bilik macam ni. ada tv dan dvd player. Time tu Anna yg bawa Cd, dia kata cerita tu best. Dia nak aku tngok. Hahaha. Lupa dah jalan cerita tu... Bilik menonton tu ada, tapi biasa la ramai sangat orang. Kalau time cuti, ramai yg melepak bilik tv. Pernah juga pius pasang CD cerita korea. Pius dulu rajin beli CD cerita korea. Setiap kali balik KL mesti singgah bangunan kota raya kat KL tu carik cd best-best. Pastu kat asrama tengok reramai.
.
Jadi makcik kantin - time minum petang, selalunya ramai org  malas nak turun makan. Disebabkan pius ni ahli quatermaster (QM) yang jaga bilik sukan, makanya setiap petang pius turun untuk buka bilik sukan... bila time riadah, orang nak pinjam barang. badminton ke, ping pong ke... apo2 jela. Jadi time tu mmg pius bawa plastik sebab nak isi kuih banyak2. Sampai ada yg panggil makcik kantin/dining.

kalau tak jaga bilik QM, mesti turun kelas buat kerja sekolah sikit. Budak rajin... hehehe.
.
Kena marah dengan kakak senior, sebab turun surau pakai baju tidur... salah ke? kan ke pakai kain sembahyang waktu solat.. bukannya solat pakai baju tidur semata.. hahahaha. Biasa sarung siap-siap kain sembahyang waktu nak turun surau tu. Alaa... biasa la. Asrama perempuan.. apo yg salah sgt tah.
.
Tak pakai tudung time keluar bilik. Ni lagi satu. perlu ke? kan semua asrama perempuan je... kakak senior ni sajaaaaaaaa jeeeee..
.
Jadikan bilik basuh kain sebagai kolam renang. Hahahahahaha. yang ni paling best. Time cuti panjang, xdelah panjang sgt. biasanya akan ada student yang stay. pius antaranya. dalam 10-30 orang. Waktu pagi sebelum pergi tuisyen al-bukhary, kita orang akan pasang air dalam kolam panjang yg ada dlm bilik basuh baju. Kolam tu biasanya kosong, xde air. Semua orang guna paip air je untuk basuh baju.
.
Awal pagi buka air, dalam pukul 12 tengahari kelas habis. kolam pun hampir penuh. lama kau nak penuhkan kolam tu. berejam. hahahaha... so waktu terluang, kita isi dengan mandi kolam beramai-ramai. Time ni dah senior, takde siapa nak marah. Kalau mak guard lalu naik motor, kita semua senyap. pastu sambung balik kuak lentang. hehehe.

wehhhhhhhhhh!! dah pukul 2 pagi! ok bai.
Powered by Blogger.