Bekerja secara online, ubah gaya saya membeli.

/
0 Comments

Waaa... Malam malam baru update blog.
Ini namanya tiada cerita menarik di tv dan
mata juga tidak mahu lelap.

Assalamualaikum.

Entry pertama tahun baru 1 Jan 2017 11:51pm
Esok Isnin masih lagi cuti, cuti tahun baru.
Baru kejap tadi ada yang whatsapp :)
Bekerja secara online, berwhatsapp tak
kira masa. Heeee.

Whatsapp ni ada banyak jenis.........

Whatsapp berjela:
Yang jenis ini memang panjang berjela.
Kadang bersambung-sambung wasapnya
Dari hari ke hari. Kadang sambung minggu depan.
Biasanya yang berwasap tu orang yg baru
mula berniaga. Disebabkan banyak benda
yang mereka tidak faham. Jadi mereka
akan bertanya dahulu.
Selepas sudah confirm dengan encik husben,
partner, ibu, ayah dan keluarga. Makanya
tempahan akan diproses. Hehe. Comel.

Whatsapp pendek:
Yang jenis ini tidak terlalu panjang, cukup
bertanya apa yang penting. Bila tarikh
siap? berapa harga? material? emel?
Selepas pembayaran, terus emel artwork. Biasanya mereka yang sudah berniaga, tetapi bertukar tempat cetak.

Whatsapp touch n go:
Yang ini sangat ringkas dan selalunya
Repeat customer. Antara detail whatsapp:
Nama label, kuantiti > payment > cetak.
Biasanya alamat ada dlm rekod, jadi
customer tak ulang balik detail untuk
penghantaran melainkan bertukar alamat.

Whatsapp bertanya khabar :)
Yang ini agak ringkas juga, wasap sesi 1:
bertanya apa yang patut dan mesej tamat.
Seminggu kemudian baru buat tempahan.
Hehehe.

Banyak lagi jenis whatsapp dan ini yang
paling popular :)

Disebabkan urusan kerja selalunya melalui
whatsapp dan emel, maka secara tidak
langsung.... Gaya fairuz membeli secara
online juga turut berubah.

Selalunya jika nak beli sesuatu barang,
Pius akan baca semua maklumat yg ada
tentang produk yang nak dibeli. Bila dah
confirm nak beli. Terus mesej owner, beri
detail order dan minta detail pembayaran.
Kira touch n go jela ya :)

Kalau beli di website lagi pius suka,
Arahannya mudah. Pilih barang, beri detail
penghantaran dan bayar.

Nota : Mengantok dah.



No comments:

Powered by Blogger.