Wishlist Checked! Swimming

/
0 Comments

Macam dah lama je tak menulis, aura-aura
malas menaip blog telah menebal.
Pergi mana mana pun rasa dah malas
nak menulis di blog.

Berkepuk je gambar dalam laptop. Haritu
mak bising, gambar tak cuci cuci. Ambik
je lebih. Jadinya kita ni pun gigih la
pergi kedai gambar, cuci segala gambar
pergi bukit tinggi haritu. Sebab gambar dia
ada kan... Marah tak cuci. Huhu.

Lepas ni kalau bawa mak berjalan, gambar
gambar kena cuci. Senang dia nak tengok
banyak kali. Heeee..

****************

Pius dah boleh berenang! walaupun gaya
tu sumbang sikit. Hehe. Alhamdulillah,
esok last kelas. Seronok sangat rasa, asal
ada masa lapang je pergi swimming. Ewah!

Nak belatih la kan.. Lagipun 4 kelas bukan
semua jenis gaya dia ajar... Kan.. Kena
sambung kelas lagi kalau nak belajar
teknik lain pulak. Gaya yang satu ni pun
tak sempurna lagi.

Bila dah tau basic, gaya/teknik lain, pius
rasa boleh belajar sendiri sendiri.

Setiap kali pergi kolam, kalau ada nampak
orang berenang2, pius tanya je macam
mana dia buat. yang best tu, bila tertanya
coach renang. Huhuuuu best nyooo free
klass. Hehe.

Haritu tanya seorang ankel ni, orang cina.
Umur dia maybe 60an. Tanya dia mcm
mana dia take a breath, cara nak angkat
muka dan ambik nafas. Lepas dia bagitau
caranya, praktis praktis terus boleh buat...
Yeahhh.. ankel tu siap pantau lagi, tengok betul
tak betul. Dia suruh berlatih tempat dalam
sikit supaya cepat pandai. Plus, dia kata
kalau jumpa dia lagi, dia ajar gaya lain
pulak. Yeaaaaaahhhh.

Yang coach renang tu pun sama, habis
dia kerahnya kita suruh buat 2/3 kali
pusingan. Puas hati la... Sambil dia ajar
budak budak, dia ajar pius sama. Huhu.

Orang kata, kalau nak belajar, jangan
segan bertanya.

Pius sebelum ni takut nak masuk air dalam
sikit. Masa first klass dekat ampang,
Coach suruh berenang/menyelam dekat
dengan lantai kolam. Semua menyelam
kecuali pius... Huuuu seram.

Sekarang Alhamdulillah, dah rasa selesa
sikit bila dalam air. Tu yang bila ada masa
je pergi swimming. Nasib kolam awam
dekat je dengan rumah. Hehehe sampai
berbelang muka ni sunburn.

Alhamdulillah, tahun ni memang nak
belajar berenang. Akhirnya tertunai juga.
Disebabkan pius suka air, maka nya tak
berjogging la jawapnya. Berenang 2 jam
boleh, jogging setengah jam rasa nak
terbang balik rumah.

Lagipun orang berdarah A lebih sesuai
senaman yang low impact. Low impact
activitiessss... Gituuuu. Macam yoga,
swimming, zumba, cycling, walking,
Taichi, dancing.... Yooo.. Hiking pun ok.
Orang berdarah A ni hormon stress dia
memang dah tinggi, jadi kena buat
aktitiviti yang memberi ketenangan. Kan..

Tak boleh upload gambar pulak app ni.
Lain kali ler....

FairuzJaafar
Update by tepon je.



No comments:

Powered by Blogger.